Saturday, 7 November 2009

Pizza Hut Pasir Gudang - tak payah pergi lah!!!



Ni, aku nak bercerita sikit tentang Pizza Hut Pasir Gudang. Bukan yang dalam Pusat Bandar tu tau, yang aku nak cerita ni yang berkembar dengan KFC 24 jam sebelah Petronas depan KIP Mart Masai.

Ceritanya begini.

Kelmarin aku makan tengahari di Pizza Hut Pasir Gudang ni dengan rakan sekerja aku. Setibanya kami di sana, perkara pertama yang kami nampak ialah meja-meja bersepah dan tidak ada seorang pun krew restoran yang kelihatan. Sejurus selepas kami duduk di sebuah meja yang masih ada pinggan dan gelas kotor bekas pelanggan yang sebelumnya, baru kami nampak kelibat seorang krew restoran muncul dari arah dapur. Kemudian timbul lagi dua tiga ketul. Jumlahnya dalam 4 ketul krew restoran saja yang bertugas pada masa itu. Pelanggan boleh tahan juga ramainya.

Kami menunggu agak lama baru dilayan. Hampir-hampir hendak bangkit meninggalkan restoran lembap ini dan pergi ke KFC sebelah, barulah seorang krew datang ke meja kami, membersihkan pinggan dan gelas kotor dan memberikan menu. Tak ada minta maaf, cuma seulas alasan yang kakitangan lain telah "keluar menghantar pizza ke Johor Jaya". So blardy what?

Sambil meneliti menu, kami mengamat-amati suasana restoran. Cantik juga interior designnya. Lain daripada outlet Pizza Hut yang biasa dilihat. Ada unsur-unsur sofistikated dari segi perabot dan hiasan ruang.

Tetapi apabila biji mata kami terhenti pada meja-meja lain yang masih berselerak, yang masih belum dikemas sejak kami melangkah masuk tadi, keindahan ambience restoran tersebut seperti tercela.

Kami memanggil krew restoran dan membuat pesanan. Kawan saya bertanya, boleh tak kami ambil sup sendiri? Jawapan yang diberikan, tidak, krew akan hidangkan.

Tak lama selepas itu seorang krew lelaki datang ke salad bar dan dengan muka yang toya mula mengaut sup ke dalam mangkuk. Selekeh sungguh caranya mengaut sup sehingga kuah sup bersememeh di tepi-tepi mangkuk.

Tanpa mengesat kuah sup yang meleleh, dia datang ke arah meja kami dan meletakkan mangkuk-mangkuk sup yang bersememeh di atas meja. Sepatah pun tidak bercakap. Tak ada perkataan "enjoy your meal" atau apa-apa. Si Muka Toya terus beralih.

Sebentar kemudian Si Muka Toya kembali dengan air dan breadstick. Keletak-keletuk meletakkan piring breadstick, tanpa sebarang tutur kata. Lepas tu blah.

Biji mata kami terpandang meja-meja lain yang masih berselerak tadi. Masih macam tu juga, menyakitkan mata. Beberapa pelanggan baru melangkah masuk ke dalam restoran. Tercari-cari mana nak duduk.

Pizza pun sampai, dan sambil kami makan, Si Muka Toya timbul di vista biji mata membawa beg plastik dan pergi ke salah sebuah meja berselerak. Dia mula mengutip ntah apa, rasanya sisa makanan, dan mencampakkannya dalam beg plastik. Kemudian pergi ke meja lain dan membuat benda yang sama, lepas tu berlalu. Pinggan, gelas, acuan pizza masih lagi berlonggok. Apa salahnya angkat semua sekali?! Pantang nenek moyang dia ke?!

Setelah habis pizza dimakan, kami tiba-tiba sedar bahawa kepak ayam yang dipesan belum lagi sampai. Kawan saya terpaksa bangun mencari krew dan bertanya apa khabar kepak ayam kami. Seorang krew wanita menjawab, katanya kejap kak, lagi beberapa minit.

Tunggu lagi. Akhirnya sampai juga empat ketul kepak ayam yang kononnnya resipi baru, Spicy Sweet Chicken Wings. Guess what, ayamnya sejuk! So apa yang lama sangat baru nak hidang tu? Terlupa nak keluarkan dari freezer ke?! Dah tu konon resipi baru, huh - cuma Ayamas drummet dilumur dengan sos cili campur sos tomato. Penipu betul la Pizza Hut ni. Nibul, kata orang Jowo.

Ok lah, cekik aje lah, dah tu panggil bil. Cepat pula bil sampai. Lepas bayar kami bangkit dan lalu di depan meja-meja berselerak menuju ke pintu. Bayangkan. Sejak kami masuk, dan sekarang dah nak keluar, masih lagi berlonggok pinggan, gelas dan acuan pizza kotor di meja-meja tersebut.

Aku memang takkan masuk lagi la ke outlet ni. Kekurangan kakitangan bukan isunya disini . Sikap "tidak apa", malas dan "bukan kerja aku" yang dicerminkan tidak boleh terima pada sebuah restoran berantai yang seharusnya tinggi nilai khidmat pelanggannya. Aku tidak berkompromi soal kebersihan dan mutu. Apatah lagi soal budi bahasa. Harga makanan bukannya murah. Dihias secantik mana pun sesebuah restoran itu, tetap tak berguna jika their service sucks.

Siapa ada pengalaman makan di Pizza Hut yang sama boleh berkongsi respons anda.