Saturday, 7 November 2009

Pizza Hut Pasir Gudang - tak payah pergi lah!!!



Ni, aku nak bercerita sikit tentang Pizza Hut Pasir Gudang. Bukan yang dalam Pusat Bandar tu tau, yang aku nak cerita ni yang berkembar dengan KFC 24 jam sebelah Petronas depan KIP Mart Masai.

Ceritanya begini.

Kelmarin aku makan tengahari di Pizza Hut Pasir Gudang ni dengan rakan sekerja aku. Setibanya kami di sana, perkara pertama yang kami nampak ialah meja-meja bersepah dan tidak ada seorang pun krew restoran yang kelihatan. Sejurus selepas kami duduk di sebuah meja yang masih ada pinggan dan gelas kotor bekas pelanggan yang sebelumnya, baru kami nampak kelibat seorang krew restoran muncul dari arah dapur. Kemudian timbul lagi dua tiga ketul. Jumlahnya dalam 4 ketul krew restoran saja yang bertugas pada masa itu. Pelanggan boleh tahan juga ramainya.

Kami menunggu agak lama baru dilayan. Hampir-hampir hendak bangkit meninggalkan restoran lembap ini dan pergi ke KFC sebelah, barulah seorang krew datang ke meja kami, membersihkan pinggan dan gelas kotor dan memberikan menu. Tak ada minta maaf, cuma seulas alasan yang kakitangan lain telah "keluar menghantar pizza ke Johor Jaya". So blardy what?

Sambil meneliti menu, kami mengamat-amati suasana restoran. Cantik juga interior designnya. Lain daripada outlet Pizza Hut yang biasa dilihat. Ada unsur-unsur sofistikated dari segi perabot dan hiasan ruang.

Tetapi apabila biji mata kami terhenti pada meja-meja lain yang masih berselerak, yang masih belum dikemas sejak kami melangkah masuk tadi, keindahan ambience restoran tersebut seperti tercela.

Kami memanggil krew restoran dan membuat pesanan. Kawan saya bertanya, boleh tak kami ambil sup sendiri? Jawapan yang diberikan, tidak, krew akan hidangkan.

Tak lama selepas itu seorang krew lelaki datang ke salad bar dan dengan muka yang toya mula mengaut sup ke dalam mangkuk. Selekeh sungguh caranya mengaut sup sehingga kuah sup bersememeh di tepi-tepi mangkuk.

Tanpa mengesat kuah sup yang meleleh, dia datang ke arah meja kami dan meletakkan mangkuk-mangkuk sup yang bersememeh di atas meja. Sepatah pun tidak bercakap. Tak ada perkataan "enjoy your meal" atau apa-apa. Si Muka Toya terus beralih.

Sebentar kemudian Si Muka Toya kembali dengan air dan breadstick. Keletak-keletuk meletakkan piring breadstick, tanpa sebarang tutur kata. Lepas tu blah.

Biji mata kami terpandang meja-meja lain yang masih berselerak tadi. Masih macam tu juga, menyakitkan mata. Beberapa pelanggan baru melangkah masuk ke dalam restoran. Tercari-cari mana nak duduk.

Pizza pun sampai, dan sambil kami makan, Si Muka Toya timbul di vista biji mata membawa beg plastik dan pergi ke salah sebuah meja berselerak. Dia mula mengutip ntah apa, rasanya sisa makanan, dan mencampakkannya dalam beg plastik. Kemudian pergi ke meja lain dan membuat benda yang sama, lepas tu berlalu. Pinggan, gelas, acuan pizza masih lagi berlonggok. Apa salahnya angkat semua sekali?! Pantang nenek moyang dia ke?!

Setelah habis pizza dimakan, kami tiba-tiba sedar bahawa kepak ayam yang dipesan belum lagi sampai. Kawan saya terpaksa bangun mencari krew dan bertanya apa khabar kepak ayam kami. Seorang krew wanita menjawab, katanya kejap kak, lagi beberapa minit.

Tunggu lagi. Akhirnya sampai juga empat ketul kepak ayam yang kononnnya resipi baru, Spicy Sweet Chicken Wings. Guess what, ayamnya sejuk! So apa yang lama sangat baru nak hidang tu? Terlupa nak keluarkan dari freezer ke?! Dah tu konon resipi baru, huh - cuma Ayamas drummet dilumur dengan sos cili campur sos tomato. Penipu betul la Pizza Hut ni. Nibul, kata orang Jowo.

Ok lah, cekik aje lah, dah tu panggil bil. Cepat pula bil sampai. Lepas bayar kami bangkit dan lalu di depan meja-meja berselerak menuju ke pintu. Bayangkan. Sejak kami masuk, dan sekarang dah nak keluar, masih lagi berlonggok pinggan, gelas dan acuan pizza kotor di meja-meja tersebut.

Aku memang takkan masuk lagi la ke outlet ni. Kekurangan kakitangan bukan isunya disini . Sikap "tidak apa", malas dan "bukan kerja aku" yang dicerminkan tidak boleh terima pada sebuah restoran berantai yang seharusnya tinggi nilai khidmat pelanggannya. Aku tidak berkompromi soal kebersihan dan mutu. Apatah lagi soal budi bahasa. Harga makanan bukannya murah. Dihias secantik mana pun sesebuah restoran itu, tetap tak berguna jika their service sucks.

Siapa ada pengalaman makan di Pizza Hut yang sama boleh berkongsi respons anda.

10 comments:

  1. yang kat bukit dahlia ni kaan

    ReplyDelete
  2. betul2.. aku pun dah panah kene...agak pelik gak, ingatkan hari tu diorang sibuk sgat smpai x mampu nak wat keje lagi.. memang x pro lgsung.. baik ttup je.. makan kat kfc sbelah lg bgus..

    ReplyDelete
  3. tak akan masuk lg kat Pizza Hut itu...menjengkelkan....dan rasanya x sedap...

    ReplyDelete
  4. end of last year ...gi kat Pizza Hut kat Giant Plentong .. sama gak karenah staff staff semua ... yang lelaki .. merempat kat staff pompuan ... i tak suprised mereka buat project time kerja kat belakang kitchen ...

    last time i saw 2 KFC male and female balik ker hostel mereka ... dekat tangga dah start kissing .. and start raba2 .... imagine dah masuk tingkat 2 .... depan Plaza Pelangi ...

    xtau lah apa nak jadi dengan muda muda sekarang ...

    ReplyDelete
  5. ni nak pi makan kfc ka dok sekodeng depa beromen...lantak depa nak buat apa janji service bagus.

    ReplyDelete
  6. ni yg xjdi ni nk mkn kt pizza hut bkit dahlia..npk cantek gle dri luar..npknye kne gak mkn pizza kt kompleks psat bandar..tmpat bsey la..

    ReplyDelete
  7. KFC yg sebelah tu pun kurang lebih sama ajer...aku kalu balik keje malam, anak2 nak mkn KFC, aku gi sana sbb ada drive thru...senang. Tapi bila order, dah byr, dan balik umah, mesti ada yg takde....tak complete. takkan nak berulang alik kot...dah lah aku nk penat balik keje malam2, tiba umah dah kul 1,2 pagi...nak kena berulang ke KFC??? Patutnya service kena la standard..pizza hut tu pun memang ssssslllllooooowwww...aku penaah beli takeaway, takde customer pun, krew nye sok sek sok sek kat kaunter...pizza pun lmbat. Pizza Hut kat Pusat Bandar tu jauh lagi baik...termasuk le KFC nye...sbb mungkin dah biasa dgn org2 JCorp yg selalu kat situ dulu kot.....KFC dan Pizza Hut kan under JCorp..

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas kritikan membina .

    ReplyDelete
  9. Saya syorkan cubalah Pazz Da Pizza Di Taman Mawar Pasir gudang tapi cuma take away and delivery. Pizza ni orang melayu kita punya cubalah layari www.pazzdapizza.blogspot.com
    untuk talian pesanan take away atau delivery 019 7279401 atau 7269401 cawangan di ipoh ada juga nak tahu lebih lanjut mengenai harga dan lokasi layari laman web di atas nak tahu lokasi dengan cara google map pun ada. type pazz da pizza taman mawar

    ReplyDelete