Sunday, 11 October 2009

Ada-ada Blackadder


copyright BBC 1989

Aku saja nak share sepotong lawak dari cerita Blackadder Goes Forth yang ditayangkan di BBCE. Untuk makluman, siri Blackadder ni memang sangat popular di UK dalam era 80'an dan telah melonjakkan nama Rowan Atkinson sebelum beliau dikenali sebagai pendukung watak Mr Bean. Aku minat siri ni.

Watak yang dimainkan Atkinson dalam siri sitcom Blackadder ini adalah watak utama atau title role, iaitu Blackadder, seorang pegawai tentera. Di dalam squadron Blackadder ni antaranya seorang pegawai rendah, namanya George (wataknya dimainkan oleh Hugh Laurie yang sekarang terkenal dengan watak Dr House) dan tukang masaknya yang bodoh tunggul, Baldrick.

Salah satu dialog dalam episod Blackadder yang saya tengok hari ini berbunyi begini:-

Baldrick: My father was a nun, Sir.


Blackadder: No, he wasn't.


Baldrick: Yes he was, Sir. When he was up in court, the judge would ask him what his profession was and he'd say "None".
Bagi sesiapa yang dapat tangkap humor dalam dialog ni, tahniah. Bagi mereka yang masih blur, tonton-tontonlah BBCE dan sokonglah PPSMI.

No comments:

Post a Comment