Monday, 12 October 2009

Bye bye Most Eligible Bachelor of Inai




Semalam aku diberitahu bahawa Bro Mike dah nak kawin.

Hmmm...

Aku macam tak suka pula. Bukan tak setuju dia kawin. Sebagai kawan, kita tumpang gembira sebab akhirnya jodoh Bro Mike dah sampai. Merasa juga Bro Mike buat projek sendiri, setelah sekian lama buat projek Inai. Projek bina masjid lah mangkuks. Lu orang ingat projek apa? :p

Tapi aku rasa janggal dan ganjil bila memikirkan hakikat tersebut. Ye lah, sejak hari pertama aku menjejakkan kaki ke lobi Bangunan OPA sampai lah ke hari ini, kebujangan (singledom) Bro Mike tu dah sinonim dengan dia. Dari Bangunan OPA, ke Bintulu, ke KT, dan sekarang di JB walaupun sudah berlainan tauke.

Macam-macam cerita dah aku lalui bersama dan berkenaan dengan Bro Mike ni. Aku sikit lagi kena tendang Capt Hisham kerana Bro Mike punya pasal. Tapi itu cerita lama. Dalam kerja macam-macam boleh jadi. Rasanya masa kami "berkampung" dari pagi sampai maghrib di bilik mayat Hospital KT masa Budiman meninggal pun Bro Mike ada. Oh, dan "kes Z" yang sampai sekarang dah lebih setengah dekad tak settle-settle. Hahaha. Memori.

Aku tak nak tipu-tipulah, aku rasa we all will miss him when he gets married. Selama ni Bro Mike macam...milik Inai dan warga Inai. Dialah Bro yang sentiasa boleh diajak lepak dan macam-macam lagi sebab dialah yang paling "free". Tapi setelah Disember nanti (aku dengar dia nak kawin bulan Disember ni) kita dah tak boleh "freely" ajak dia kesana sini lagi. Bro-bro lain masih bolehlah kot. Tapi sista-sista akan ada "ketetapan had". Jadi, things are not going to be the same anymore.

Aku dengan Bro Mike pun bukanlah macam isi dengan kuku ke belangkas ke ketam batu ke. But he has always been there, like a kind of touchstone. Sekarang rasanya macam masa budak-budak dulu bila kawan sekelas tukar sekolah. Kita tau dia ada, tapi dia di luar jangkauan.

Aku rasa pelik.

3 comments:

  1. Akhirnya.....
    Lepas ni ramai la yg hilang member yg boleh diajak keluar dan-dan tu jugak. NAk ajak dah kena bagi advance notice sikit.

    ReplyDelete
  2. I somehow cannot imagine him with a wife and kids. It's so surreal.

    ReplyDelete
  3. What is online gambling? | How to make money at casino online
    To make a money gambling game, you first need to go to a งานออนไลน์ gaming 바카라사이트 platform, which is available in all of the 샌즈카지노 major casinos in the world. The game is very simple. The

    ReplyDelete