Geng Makan yang lain pun ada, Zaila dan "juniors"nya serta Shera. Tapi aku tak sempat jumpa Shera, ye lah makcik tu datang kempas-kempis, lambat. Tapi takpelah, tak Raya pun boleh jumpa. Inai Kiara forever lah katakan... :p
Namun apa yang penting ialah melalui majlis "santai" si Izzah ni yang afdal tidak dilupakan. Aku, Izzah, Zaila dan Shera dapat merapatkan lagi hubungan persahabatan di antara kami. Kita kan sisters in Islam. Secara jujur aku berharap agar di masa depan ukhwah kita akan lebih daripada setakat pinggan makan dan karaoke sahaja. Masa susah, harapanku agar kita semua dapat memberi sokongan dan kekuatan kepada satu sama lain, dan apabila menempa kejayaan, kita meraikannya sama-sama.
Kita berkawan bukan hanya untuk dunia, tapi sampai ke akhirat. Itu namanya sahabat.
No comments:
Post a Comment