Sunday, 18 October 2009

Full life!



Sorry guys, agak lama juga aku tak ada new updates. Kebelakangan ni jadual aku penuh dengan komitmen kerja dan sosial. Apatah lagi dah hujung tahun ni tugas memang semakin banyak.

Aku boleh katakan bahawa aku sekarang ni living a full life. Tapi sama ada fullness yang aku alami sekarang ni adalah fullness yang sihat atau sebaliknya, aku belum sempat nak menganalisanya lagi. Apa tidaknya, aku balik rumah, solat, makan, spend time berbual dengan mak aku, uruskan apa-apa kerja di rumah yang patut, then tidur. Esok pagi bangun, solat, breakfast, pergi kerja. Hidup aku lebih banyak komponen kerja dari komponen lain. Weekend pun macam-macam household errands nak dibuat.

Aku memang enjoy kerja aku. Kadang-kadang aku tidur pun bersama buku-buku tentang undang-undang pekerjaan. Hahaha. Begitu dalamnya minat aku dengan bidang yang aku ceburi.

Tanpa disedari sudah setahun aku tak betul-betul pergi shopping dan meng-updatekan almari pakaianku, koleksi CDku, dan himpunan mekapku. Hari-hari pergi kerja tarik saja baju pertama yang aku nampak, sarungkan boots Alain Delonku dan zoom! drive pergi kerja. Kadang-kadang mekap pun tak pakai. Kalau aku ada appointment jumpa orang baru bergegas ke bilik air tempek 2-way foundation dengan gincu. Tu je, tak sampai 3 minit, asal nampak kemas sudah.

Aku memang seorang yang tidak pentingkan aspek-aspek material. Yang penting otak aku jalan dan kerja aku beres.

Jadi berbalik kepada soal hidup yang penuh, atau full life, adakah betul cara aku ini?

Menurut wikiHow, antara cara yang berkesan untuk mencapai full life yang sebenar merangkumi langkah-langkah berikut:-

  1. Ambil kesempatan setiap hari, untuk memenuhi hari tersebut. Hidup seolah-olah itulah hari terakhir anda di dunia ini. Buang yang keruh dan jangan menyimpan prasangka terhadap masa depan. Hargailah hari ini dan bergembiralah dengan masa sekarang.
  2. Jadi berani. Cuba perkara baru, ambil risiko sedikit dan terima cabaran-cabaran baru. Melawat ke tempat-tempat baru dengan yang tersayang. Cuba menyusuri jalan yang jarang diikuti oleh orang lain.
  3. Anggaplah hidup ini indah. Simpan catatan atau diari, catatkan kejayaan anda serta segala yang menggembirakan anda. Ambil masa untuk menilaikan semula apa yang anda tulis sebelum ini. Jadikanlah diri anda sebagai sumber inspirasi diri sendiri dan orang lain. 
  4. Sayangilah diri anda sendiri. Tumpukan perhatian kepada keindahan dalam dan luar diri anda supaya anda dapat melihat keindahan yang sama pada orang lain. Penerimaan datang dari dalam diri.
  5. Sayangilah semua orang. Sayangi mereka yang melakukan perkara baik terhadap anda. Lupakan mereka yang tidak. Hidup ini terlalu singkat untuk menunggu hadirnya cinta dan kasih sayang.
  6. Terima semua orang, dan jadilah seorang yang baik hati dan berbudi bahasa. Bergembiralah dengan orang disekeliling anda. Hargai kebaikan mereka dan jangan fikirkan ketidak serasian pendapat antara anda dan mereka.
  7. Carilah matlamat hidup anda. Letakkan orang lain dahulu dari diri sendiri. Mulakan dengan jiran ada. Buatlah amal jariah diluar golongan masyarakat anda sendiri.
  8. Jadilah seorang realis. Tetapkan matlamat selaras dengan kebolehan dan bakat anda. Anggaplah setiap usaha anda sebagai suatu pencapaian. Ambil pendekatan langkah demi langkah menuju ke arah kestabilan dan keyakinan hidup.
  9. Carilah keseimbangan dalam hidup.Terimalah qada' dan qadar. Tumpukan kepada yang baik dan yang baiklah akan berlaku kepada anda.
  10. Sentiasa kawal nafsu dan tindak-tanduk anda. Jadilah orang yang bertanggungjawab terhadap apa yang anda lakukan. Jangan menipu diri sendiri. Sentiasa berusaha untuk mencari jawapan kepada masalah yang dihadapi, jangan bersikap lepas tangan. 
  11. Dengar kata hati, tapi yakinlah dengan keputusan yang anda buat. Ikut gerak hati anda.
  12. Lapangkan fikiran.
  13. Bebaskan diri anda. Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan hajatilah keperluan yang simple sahaja.
  14. Ketawalah, kerana gelak tawa membuat anda rasa gembira. Kegembiraan di dalam jiwa anda adalah sungguh indah.
  15. Jadi fleksibel, terimlah perubahan. Ada masanya kita kena mengikut arus. 
  16. Senaraikan matlamat harian, seperti membuat kawan baru, pergi berenang di tasik dan berjalan-jalan di taman. Ciptakan kegembiraan untuk diri anda sendiri!
  17. Hargailah perkara-perkara kecil yang selama ini anda tidak peduli. Cuba lihat alam di sekeliling anda dengan pandangan baru.  
  18. Maafkan semua orang.  
  19. Sentiasa ceria menanti hari esok.
  20. Terima hakikat kematian. Jadilah insan yang bertaqwa dan ingatlah kematian itu adalah kekal. Apa yang kita kerjakan hari ini mestilah bermatlamatkan kejayaan di alam kematian.
Yang penting, kita kena sentiasa bersyukur. Lakukan segalanya - hidup, kerja, amal, dan sebaginya - kerana Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment