Saturday, 10 October 2009

Soalan bodoh

Sesetengah wartawan media tempatan gemar sungguh bertanya soalan bodoh. Selalu sangat aku tengok dalam tv, terutama bila mereka meliputi berita sesuatu tragedi.

Soalan bodoh yang aku maksudkan tu begini. Kalau menemuramah orang yang kematian ahli keluarga, sesetengah wartawan suka sangat bertanya "Apakah perasaan awak/ Encik / Puan / adik / Pakcik / Makcik, etc?"

Bukankah soalan ini soalan yang paling bahlol dalam dunia. Takkan orang tu nak cakap "Ya, saya amat gembira tak terkata sebab akhirnya segala harta dan saham syarikat ayah saya kini milik saya sepenuhnya, dan mak saya boleh berkahwin baru jadi saya bolehlah bertukar angin dapat bapak baru sebab saya jemu dengan si tua kutuk yang dah mampus tu."

Mestilah orang tu sedih sangat! Apa lah sengal tanya orang soalan macam tu ketika orang ditimpa musibah.

Ntah apa lah sukatan pelajaran akademi media sekarang.

2 comments:

  1. betul betul! lagi satu suka sangat tanya hal hal dalam kain orang...kalau boleh dengan setiap bulu bulu tu dia nak kira!

    ReplyDelete
  2. itulah pasal...kadang kesian aku tengok, orang tengah menangis sedih si reporter ni dok sondol2 mike dia kat muka orang tu lagi...suh jawab soalan bodoh...kalau tengok CNN or BBC takder pun stail reporting mcm tu....

    ReplyDelete