Apa boleh buat, kita ini orang kecil. Ikut sajalah.
Tapi aku masih berprinsip bahawa keputusan memansuhkan PPSMI tidak semestinya keputusan yang paling bijak. Barangkali keputusan ini dibuat untuk menutup sebab musabab yang lain disebalik ketidakberjayaan (aku tidak berhak untuk mengatakan bahawa ia telah gagal, walaupun ia memang tidak nampak berjaya, terutamanya di sekolah-sekolah luar bandar) dasar ini.
Menuntut ilmu dalam bahasa selain dari bahasa ibunda sendiri, pada hemat saya, adalah proses pembelajaran dengan sendirinya. Ia merupakan serampang dua mata: membolehkan anak-anak kita mempelajari matematik dan sains, dan juga menguasai Bahasa Inggeris, dalam satu sukatan. Ia akan mempertingkatkan daya kognitif mereka dan memudahkan mereka apabila ke menara gading kelak. Apabila sudah bekerja, penguasaan Bahasa Inggeris yang baik juga merupakan satu aset. Kita kan nak membentuk warga kerja global. Nak melahirkan CEO-CEO yang banyak macam buat kueh semprit satu dulang. Cukup ke dengan hanya fasih satu bahasa? Atau dengan sekadar belajar di dalam kelas Bahasa Inggeris di sekolah yang sukatan pelajarannya pun sudah jauh ketinggalan daripada negara-negara lain?
Bagi saya soal memartabatkan atau tidak memartabatkan Bahasa Melayu tidak ada kena mengena langsung dengan cerita ini. Belajar bahasa kedua dan ketiga itu harus. Apatah lagi kalau itulah yang boleh menjamin kejayaan nusa dan bangsa kita di masa depan. Kalau kita belajar bahasa asing bukan bermakna kita tolak dan hapuskan bahasa kita sendiri. Tapi kenapa begini pula dogmanya?
Saya rasa kekurangan guru-guru bertauliah yang boleh mengajar matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris juga bukan penyebab, kerana kita akan mendapatkan seribu orang lagi guru Bahasa Inggeris selepas keputusan memansuhkan PPSMI ini dikatakan muktamad. Entah mengapa kita suka sangat menjadikan anak-anak kita tikus makmal. Tak tahu sampai bila kita akan ubah dan ubah dan ubah dasar pelajaran kita.
Yang nyata, ramai pemuda-pemudi kita sekarang walaupun berkelulusan akademik yang tinggi tetapi masih kurang pendedahan, sempit cara berfikiran, tidak mampu membuat keputusan, tidak yakin pada diri sendiri dan yang paling malang, lemah dalam penulisan dan pertuturan Bahasa Inggeris. Itulah sebabnya ramai yang menganggur, sebab mereka tidak ada skill yang paling penting dalam dunia korporat dan perniagaan: penguasaan lingua franca.
Tuesday, 20 October 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ala kak, kami guru2 yg graduated ni lagi terkilan bila pemansuhan tu, bukan sebab tak dapat elaun (apa sgtlah elaun seratus lebih tu) tapi terkilan sebab kita makin terkebelakang, disaat budak dah mula boleh ikut rentak sc dan math dalam english tetiba mansuh semata mata ikut kehendak orang orang yg mundur kebelakang, tak nampak pun dimana salahnya guna english untuk math dan sains...kalau alasan membelakangkan bahasa melayu tu memang lame excuse sbb other 6 subject is using bahasa melayu...huhuh org kita susah nak maju kedepan...saya masih ingat lagi masa jadi guru kelas tahun lepas ada seorang ibu murid ni cakap - "susah cikgu kami nak belajar dalam bahasa inggeris ni kami ni kan orang kelantan" masa tu nak je jawab WTF? apa kena mengena negeri tempat lahir dgn pembelajaran?
ReplyDelete