Aku kadang hairanlah, bila berjumpa dengan orang-orang yang bertugas dalam bidang khidmat pelanggan atau customer service, lebih ramai yang menyakitkan hati pelanggan dari "berkhidmat". Sungguh ironi.
Berapa ramai juruwang (cashier) yang anda jumpa di kaunter-kaunter pembayaran yang senyum dan menyapa anda ketika sampai giliran anda untuk membayar? Berapa banyak pula yang bermuka toya macam tairu basi dan memandang anda dengan jelingan tajam seolah-olah andalah penyebab segala musibah yang menimpa mereka?
Berapa kali anda ditempelak pegawai-pegawai di kaunter pertanyaan jabatan-jabatan kerajaan hanya kerana anda bertanya tentang sesuatu kemusykilan yang anda hadapi?
Berapa kali anda masuk restoran dan bila makanan yang dihantar lambat atau bukan seperti yang anda pesan, bila anda menegur pelayan restoran tersebut mereka tarik muncung 14 dan kemudian kembali dan menghentak pinggan atau gelas di meja anda?
Berapa kali pula tong sampah anda dicampak oleh si tukang angkat sampah sehingga jarak 100 meter dari pagar rumah anda dan membiarkannya tergolek-golek hingga ke tengah jalan, lepas tu bila anda tegur si tukang angkat, dia menjawab dengan kasar dan merapu 1001 macam alasan dan marah-marah, hanya kerana dia malas nak letak balik tong sampah anda ditempat asalnya.
Saya sudah banyak kali berjumpa orang-orang macam ni dan pada hemat saya jumlah orang-orang yang bersikap sebegini semakin hari semakin ramai pula. Macam lalat tahi.
Saya berpadangan mudah saja. Kalau tak tahan dengan ragam orang ramai, duduk rumah sajalah. Kalau malas hendak melakukan kerja yang berkualiti, baik mati saja. Kalau tak nak mati, masih nak makan, buat je bisnes online, di mana awak tak perlu jumpa orang dan orang pun tak payah nak tengok muka awak yang macam terjolok pokok kaktus kat dalam jubor tu. Pekerjaan yang memberi khidmat kepada pelanggan dan orang ramai ini adalah pekerjaan yang mulia dan seharusnya dijalankan oleh orang-orang yang betul-betul berminat sahaja. Bukan perlu menjadi saintis roket hanya untuk senyum dan bercakap baik. Orang yang serupa Shrek pun boleh menambat hati pelanggan dengan keikhlasan hatinya membantu, lembut dan sopan tutur kata serta senyuman yang membuat kita rasa dihormati, dihargai dan berbaloi berpisah dengan duit kita yang susah-payah kita usahakan itu.
Lagi moden dunia lagi mundur budi bahasa.
Tuesday, 20 October 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment