Retro Rockin' Sista sedang mencari seorang anak didik (aku tak suka panggil anak buah sebab aku tak ada buah) atau yang bakal dikenali sebagai Rockin' Li'l Sista merangkap HR Assistant.
Arakian,
department aku sekarang ni kekurangan tangan. Kaki boleh kata still ok lagi lah sebab dalam bidang sumber manusia, yang banyak bekerja ialah otak (untuk mencari idea mana nak cari orang), mulut (untuk membebel kepada warga-warga yang degil tak nak ikut peraturan syarikat) dan/atau tangan (untuk menzahirkan bebelan yang sama dalam bentuk kajang bertaip yang lebih dikenali sebagai Warning Letter). Kesimpulannya orang kudung kaki pun boleh buat kerja sumber manusia asal dia ada otak dan salah satu deria lain yang membolehkannya berkomunikasi dua hala dalam lingua franca. Kalau murai tak boleh sebab dia ada alat komunikasi yang becok tapi tak ada otak. Jin pun tak boleh sebab waima dia ada otak dan ada tangan tetapi dia cakap ngan kita macam cakap ngan perigi buta. Kita tak nampak dia walaupun dia nampak kita.
Syahadan,
anak didik yang aku cari ini hendaklah cukup sifat-sifat fizikal seperti berikut:
- dari kaum Hawa (Hawadam tak nak ye. Hawadam = Hawa + Adam = bahasa elok untuk khunsa atau Aww).
- berumur antara 25 - 30 tahun
- mempunyai diploma dalam bidang sumber manusia atau pentadbiran (diploma yang dibeli tidak akan diterima)
- mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam bidang sumber manusia terutama latihan dan peningkatan (training and development)
- tak cantik (gila ke aku nak ambil perempuan cantik....hello..)
- boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Inggeris dengan sangat baik
- aktif dan suka berjumpa dan berurusan dengan orang
- boleh menyelesaikan masalah yang bertimbun dan bertubi tanpa mengeluarkan air mata dan/atau keluhan dan/atau meminta naik gaji
- bijak membahagi masa
- mempunyai keinginan amat tinggi untuk mendalami bidang sumber manusia
- boleh tahan dengan perangai aku.
Anak didik aku ini seelok-eloknya bermastautin di Johor Bahru.
Proses pemilihan adalah sukar dan ketat dan mengambil jangka masa panjang. Ini kerana aku tidak mengamalkan jenis pengurusan yang dipanggil "stail tangkap muat".
Hatta,
barangsiapa yang ingin memohon sebagai anak didik aku ini, sila email ke tashyfolio@hotmail.com . Setelah lepas tapisan pertama baru aku akan berikan email rasmi pejabat aku dan butir-butir yang lebih lanjut tentang jawatan yang ditawarkan.
Ada berani?
ala orang takde pengalaman tak nak lah ni..?
ReplyDeletebelum cuba belum tau...apply je ler...tak lama dulu sy pernah ambil satu protege keje bawah HR dept sy di KL...masa masuk kain putih, skg dah kain batik canting. Semua cawangan sykt kat KL dia sorang jaga. Pucuk pangkalnya rajin, minat dan kerja kerana Allah s.w.t.
ReplyDeletepost kat KL tak de?
ReplyDeleteada...tapi tahun depan kot...
ReplyDelete