Dah dekat-dekat nak habis bulan Syawal ni banyak pula undangan beraya dan rumah terbuka yang datang. Esok petang Izzah buat open house, katanya siap ada "BBQ santai". Apekebondo "BBQ santai" tu aku pun belum tau tapi dengar bunyinya saja sudah timbul fatamorgana rasa dan aroma pelbagai jenis binatang laut dan darat bersalut rempah ratus dipanggang di atas grill sehingga rangup di luarnya dan empuk isinya. Dicicah dengan sos smoked hickory...mmm....daripada ketupat rendang ketupat rendang ketupat rendang yang saaaamaa je di setiap rumah tiap-tiap kali Raya, baguslah sekali-sekala menikmati juadah yang kreatif dari dapur rakan-rakan.
Ahad pulak rumah si Wati. Hmm. Ini ada masa-elah sikit. Dia duduk Tingkat 5. Aku rasa sampai-sampai je mesti tuan rumah kena panggil 911 sebab ada orang lelah teruk. Itu baru aku. Mak aku lagi la, duduk dalam kereta je lah alamatnya. Rasanya tak dapat penuhi undangan si Wati ni kot. Kesian dia. Harap-harap bila dia kawin esok janganlah pilih suami yang duduk Tingkat 6.
Minggu depan pulak, department aku menganjurkan rumah terbuka untuk semua warga kerja ofis aku. Kami buat simple-simple je.Kata bos, aktiviti yang macam-macam tu simpan untuk Annual Dinner nanti. Majlis yang ni, makan-makan je.
Weekend depan pulak, Otai Zainal buat open house. Mulanya nak buat pot luck, sekarang dah jadi buat lawak. Apa-apa pun, janji meriah. Lepas tu malam Jijot pula buat open house.
Aku sendiri? Aku dah lama tak buat open house. Satu sebab rumah aku ni banyak rosaknya, sana-sini bocor dan tak sempurna. Nanti orang nak bertandang pun tak selesa. Yang kedua sebab aku ada anak kucing dua ekor. Dah namanya anak, belum faham apa-apa, dah training dia buang air kat tempat yang sepatutnya pun kadang-kadang terlepas juga di sana sini. So kalau time ada tetamu kan ke haru. Yang ketiga, aku sebenarnya tawar hati nak ajak orang datang sebab beberapa tahun dulu aku pernah ajak kawan-kawan, dah makan makanan aku, kat belakang mengata aku. Sejak dari tu aku malas dah nak pelawa orang menjejakkan kaki ke dalam rumah aku.
Sementara kebanyakan orang mengejar tarikh-tarikh akhir bulan Syawal untuk mengadakan rumah terbuka, jiran sebelah aku pula tertutup pintunya sejak malam takbir lagi. Dengar khabarnya jari kakinya kena potong pada Hari Raya ketiga disebabkan luka yang melarat akibat penyakit kencing manis yang dihidapinya.
Friday, 9 October 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment