Soalan ni aku memang selalu ditanya dan secara ikhlas aku cakap aku memang jemu ditanya soalan ini.
Apa taknya, orang tanya aku soalan ni dah 13 tahun. Hampir setiap orang yang aku jumpa, yang tahu aku ada sarjana muda undang-undang, mesti tanya aku soalan yang sama.
Inilah pemikiran sempit masyarakat kita. Semua orang ingat kalau lulusan undang-undang saja mesti jadi peguam. Kadang-kadang orang terpelajar, yang juga lulusan sarjana, juga berpendapat sedemikian. Sarjana muda undang-undang atau LL.B ini sama juga macam sarjana muda jurusan lain. It's just a degree. Tak semestinya itu saja kerja yang boleh dibuat.
Pengamal undang-undang juga diperlukan di dalam sektor korporat dan pentadbiran awam. Macam saya, saya tak pernah bercadang pun nak jadi peguam. Masa saya belajar dulu, saya bercita-cita untuk menjadi public policymaker. Lepas tu bila saya mula bekerja, saya diperkenalkan dengan dunia penasihat guaman korporat. Hari ini itulah kerja saya. Cuma saya minat HR, jadi saya buat dua-dua. Jadi HR tu kerja kerana minat, perundangan korporat tu kerja atas dasar tauliah.
Kerja sebagai pengurus perundangan korporat bukan kerja yang mudah sebab kita kena ada pengetahuan yang agak mendalam tentang perniagaan terutama dalam industri yang kita ceburi. Orang yang tak tahu memang akan cakap, apa susah, copy and paste je lah daripada sample mana-mana kontrak yang boleh didapati melalui Internet. Ini tanggapan yang salah sama sekali. Kita cuma boleh gunakan template yang kita dapat dari sumber undang-undang online sebagai asas sahaja. Setiap kontrak mestilah didrafkan untuk melindungi kepentingan bisnes secara khusus. Lepas tu kena berunding dengan pihak satu lagi (negotiate). Bila dah setuju, dan kerja dah dijalankan, kalau ada perlanggaran syarat kena runding semula, kalau serius kena melalui proses dispute resolution. Jadi kalau tidak ada pengetahuan tentang bisnes, hanya undang-undang sahaja, memang tidak mencukupi untuk menjadi seorang penasihat guaman korporat. Jadi sebenarnya kerja ni memerlukan seseorang itu menjadi all-rounder.
Jadi, lepas ni jangan tanya aku lagi kenapa tak jadi lawyer. Aku rasa kerja aku sekarang lebih baik dari itu.
Tuesday, 13 October 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment