Tuesday, 13 October 2009

Panas

Cuaca beberapa hari ni ganjil sedikit. Bila dekat-dekat tengahari je hujan dengan petir, tapi pagi dan petang panas. Panasnya pula menggigit. Agaknya dunia dah nak dekat akhir zaman.

Hari ni aku pun panas juga. Dengan satu training consultant tu. Aku siap forward email dia kat member-member supaya jangan ambil dia ni jadi trainer.

Aku bukan marah pasal apa, bahasa dia kurang ajar. Aku deal dengan anak buah dia, bukan dengan dia. Bila company dia tak boleh provide apa yang aku nak, tak nak datang ke JB, aku email balik kata takpe lah, kalau macam tu, kita tak payah discuss further lagi. Tiba-tiba mamat ni (ntah bangsa apa tah, aku rasa bukan orang Malaysia pun) menjampuk hantar aku email dengan biadapnya mengatakan "we are not interested in servicing your company." Kesian. Pandai train orang tapi tak pandai ajar diri sendiri adat dan bahasa. Tak lama bungkus lah bisnes dia kalau beginilah cara dia layan potential client.

Tapi tu tadi. Sekarang aku dah tak panas lagi. Buat apa buang masa dengan orang macam tu. Not worth my salt.

Kita semua sedia maklum bahawa training consultant berlambak kat Malaysia ni. Yang boleh bertahan aku tengok sangat sedikit dan selalunya trainer atau facilitatornya ada PR dan sales acumen yang sangat baik.

No comments:

Post a Comment